p /s.......... ^_^


ShoutMix chat widget

Wednesday, January 25, 2012

0
orang impikan kejayaan
Saya suka memasak


Assalamualaikum.....alhamdulillah dah seminggu lebih final exam habis dan sekarang menikmati saat-saat percutian 3 minggu di rumah. Walaupun debaran result exam sentiasa bermain di fikiran tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengisi percutian ini dengan perkara-perkara yang menyeronokkan dan bermanfaat.

                Tahun 2012 bermakna umur saya telah menginjak ke 21 tahun walaupun hakikatnya masih ada 5 bulan lagi tetapi biarlah matang pemikiran berbanding usia. Bak kata kawan saya, “ Rumah kata pergi, kubur kata mari ”. Sememangnya kita sentiasa menghampiri ajal yang telah ditetapkan oleh Allah Maha Berkuasa sebelum kita dilahirkan lagi.

                Apa saya buat di rumah? Semestinya memasak ^^ Saya suka sangat memasak. Tersangat-sangat suka. Teringat dulu waktu kecil-kecil, saya berumur belasan tahun, malasnya nak memasak..nak tolong mak kat dapur tu memang sangat liat. Bila difikirkan malu sangat sebab saya sangat kebudak-budakan. Hihi..saya rasa rakan2 mesti rajin tolong mak di dapur kan.

                Anjakan paradigma berlaku. Saya mula serius belajar memasak sejak Tingkatan 4 sampai sekarang tetapi masakan kampung jela..Gulai cili api, gulai tempoyak, gulai putih dan sebagainya.. Best tau!! Tak tipu!! Bila kita masak, kita mesti nak buat terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga kita..Kita hiris bawang elok-elok, masak dengan secukup rasa dan hidang dengan kemas. Sangat menyeronokkan. ^^

                Sekarang try dgn cookies, kuih-muih, kek dan segala jenis manisan..mak saya tak reti dessert yang moden nih..jadi saya kena usaha search online segala jenis dessert yang mudah-mudah dulu. Banyak nye celoteh, jadi kepada sahabat yang sejantina dengan saya ( female ), tak rugi kita belajar memasak sebenarnya..saya bukan nak promote diri saya sebab dulu pun saya bukan rajin memasak.

                Mak saya selalu kata, “ Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga terutamanya bila dah kahwin ”. Bila saya fikirkan balik, saya tak mahu bakal suami saya makan hasil air tangan pembantu rumah atau tukang masak di luar sana. Saya mahu bakal suami saya dan anak-anak makan dengan air tangan saya sendiri. Kita akan dapat pahala berganda. Biarlah tak sesedap mana, kita boleh perbaiki mutu masakan kita dari semasa ke semasa. Best kan!!  Tak rugi belajar memasak walaupun bermula dengan hanya menggoreng telur sahaja tetapi akhirnya kita boleh membuat juadah yang sangat menyelerakan. Insya-Allah...

p/s : Sangat excited Sotong goreng bersalut tempung dan rempah menjadi pujian keluarga ^^

Sunday, December 11, 2011

4
orang impikan kejayaan
EXAM !!!!

Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog..dah berhabuk dah blog nih *merepek..tup tap tup tap..exam lagi 3 minggu je. Exam final tau bukan mid term paper,bukan continuous quiz, bukan spot quiz or ape2 jela yang sewaktu dengannya..hmmmmm...so, apa perasaan saya ye bila dah dekat exam nih? should I be like this?


( yeeeaaayyy!!! lagi 3 minggu nak sem break!!!! )

OR 

( kenapa awal sangat paper final nih *masih tak sedar ^^ )

LIKE THIS?

Haha..jawapannya none of them..saya rasa seperti ini


Serious terasa masa berlalu sangat sekejap..Mungkin terlampau sibuk dengan kelas, lab, praktikal dan sebagainya tetapi itu bukanlah menjadi punca untuk saya belajar seperti ZOMBI....kenapa zombi? yela..kalau kita belajar seperti orang tak ingat dunia, stay up malam2 tak rehat, siang belajar..malam belajar..mata pun jadi macam zombi..LEBAM..badan pun jadi macam zombi..TAK BERMAYA...cara pergerakan pun macam zombi..TERHUYUNG HAYANG...pengurusan diri pun macam zombi...KUSUT MASAI...akhirnya kita akan jadi ZOMBI TANPA DIISEDARI ^^

( hihihihihihi )

Jadi, apa yang perlu kita buat? 3 minggu memanglah masa yang singkat tetapi saya akan gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya..jangan buat perkara yang merepek lagi..jangan suka buang masa..review note2 lecturer dan seangkatannya..Jangan lupa juga mohon kepada Allah yang Esa untuk mengampunkan dosa-dosa kita supaya hati ini mudah menerima ilmu ketika belajar ^^ kan sweet mcm tu..TETAPI student selalu jadi macam nih..


( whooaaaaa  :D )

So saya kena berazam dari sekarang! Come on! You can do it! hihihi...para sahabat sekalian doakan saya dan kawan2 saya yang lain ye...doakan kami tak jadi zombi atau seperti white bear atas ni..doakan kami belajar dengan tenang tanpa ada halangan yang mendatang Insya-Allah..Mudah-mudahan kami semua akan berjaya dengan kejayaan yang sebenar-bernarnya..Ameen ^^





Monday, November 28, 2011

0
orang impikan kejayaan
Kerana Aku Seorang Muslimah

❤¸¸.•* KERANA AKU SEORANG MUSLIMAH *•.¸¸¸❤

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana cintaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang boleh dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Terindah ^_^