Assalamualaikum.....alhamdulillah dah seminggu lebih final exam habis dan sekarang menikmati saat-saat percutian 3 minggu di rumah. Walaupun debaran result exam sentiasa bermain di fikiran tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengisi percutian ini dengan perkara-perkara yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Tahun 2012 bermakna umur saya telah menginjak ke 21 tahun walaupun hakikatnya masih ada 5 bulan lagi tetapi biarlah matang pemikiran berbanding usia. Bak kata kawan saya, “ Rumah kata pergi, kubur kata mari ”. Sememangnya kita sentiasa menghampiri ajal yang telah ditetapkan oleh Allah Maha Berkuasa sebelum kita dilahirkan lagi.
Apa saya buat di rumah? Semestinya memasak ^^ Saya suka sangat memasak. Tersangat-sangat suka. Teringat dulu waktu kecil-kecil, saya berumur belasan tahun, malasnya nak memasak..nak tolong mak kat dapur tu memang sangat liat. Bila difikirkan malu sangat sebab saya sangat kebudak-budakan. Hihi..saya rasa rakan2 mesti rajin tolong mak di dapur kan.
Anjakan paradigma berlaku. Saya mula serius belajar memasak sejak Tingkatan 4 sampai sekarang tetapi masakan kampung jela..Gulai cili api, gulai tempoyak, gulai putih dan sebagainya.. Best tau!! Tak tipu!! Bila kita masak, kita mesti nak buat terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga kita..Kita hiris bawang elok-elok, masak dengan secukup rasa dan hidang dengan kemas. Sangat menyeronokkan. ^^
Sekarang try dgn cookies, kuih-muih, kek dan segala jenis manisan..mak saya tak reti dessert yang moden nih..jadi saya kena usaha search online segala jenis dessert yang mudah-mudah dulu. Banyak nye celoteh, jadi kepada sahabat yang sejantina dengan saya ( female ), tak rugi kita belajar memasak sebenarnya..saya bukan nak promote diri saya sebab dulu pun saya bukan rajin memasak.
Mak saya selalu kata, “ Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga terutamanya bila dah kahwin ”. Bila saya fikirkan balik, saya tak mahu bakal suami saya makan hasil air tangan pembantu rumah atau tukang masak di luar sana. Saya mahu bakal suami saya dan anak-anak makan dengan air tangan saya sendiri. Kita akan dapat pahala berganda. Biarlah tak sesedap mana, kita boleh perbaiki mutu masakan kita dari semasa ke semasa. Best kan!! Tak rugi belajar memasak walaupun bermula dengan hanya menggoreng telur sahaja tetapi akhirnya kita boleh membuat juadah yang sangat menyelerakan. Insya-Allah...
p/s : Sangat excited Sotong goreng bersalut tempung dan rempah menjadi pujian keluarga ^^






0 ^_^:
Post a Comment